Tuesday, August 30, 2022

TUJUAN NABI ISA DITURUNKAN MENJELANG HARI KIAMAT

Soalan:

Assalamualaikum Ustazah, apakah tujuan diturunkan Nabi Isa a.s. menjelang hari kiamat kerana telah diketahui Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir yang membawa hukum-hukum Allah?

Jawapan:

Wa'alaikumus-salam wrwb.

Tujuan serta hikmahnya hanya Allah yang tahu. Ulamak ada menyebut beberpa hikmah yang boleh difahami:

1. Untuk menolak dakwaan yahudi bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa alaihis-salam

2. Baginda turun pada waktu hampir tiba ajalnya supaya jasad badinda ditanam di bumi kerana semua manusia berasal daripada tanah dan kembali ke tanah. Firman Allah bermaksud: "Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi." (Taha 20:55 

3. Baginda meminta untuk menjadi umat Nabi Muhamaad SAW kerana kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagaimana diketahui oleh baginda.

ADAKAH LIPAS NAJIS?

Soalan:

Saya telah terjumpa seekor lipas dlm salah satu baju yg sudah di basuh dan disidai, jadi saya telah ambil keputusan utk ambil semua baju yg telah disidai dan basuh semula ke dalam mesin basuh.

Persoalannya , apa kah hukum dalam sudut fiqh mengenai lipas masuk ke dalam baju ataupun ke  dalam bekas2 makanan lain?

Jawapan:

Lipas adalah haiwan yang tidak ada darah mengalir. Menurut jumhur atau majority fuqahak ia tidak najis.

Mereka berkata jika ia serangga yang tidak berdarah seperti semut dan lipas, hukumnya dimaafkan kerana umum balwa. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibn Hajar, dan disokong oleh kalangan ulamak terkemudian.

Dalilnya ialah sabit dariapda Nabi SAW bahawa baginda memerintahkan apabila lalat jatuh ke dalam minuman seseorang, hendaklah diselam ke dalam air kemudian dibuang lalat. Dan air itu boleh diminum. Hadis tersebut umum, merangkumi sama ada lalat itu masih hidup atau sudah mati. (Fathul Bari 10/251).


Monday, August 29, 2022

HUKUM MEMANDULKAN KUCING

Soalan: 

Bolehkah saya mengembiri atau memandulkan kucing betina saya. Ini kerana setelah melahirkan anak dua kali, Kucing saya tidak pandai menjaga anaknya sehinggakan mati seekor demi seekor.

Jawapan:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Mengembiri Binatang Kesayangan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa mengembiri binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah (kepentingan awam). 

Menurut secretariat Dar al-Ifta’ Mesir, memandulkan kucing tidak haram dengan syarat dilakukan dengan kaedah perubatan supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepadanya.