Soalan:
Assalamualaikum Ustazah, apakah tujuan diturunkan Nabi Isa a.s. menjelang hari kiamat kerana telah diketahui Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir yang membawa hukum-hukum Allah?
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wrwb.
Tujuan serta hikmahnya hanya Allah yang tahu. Ulamak ada menyebut beberpa hikmah yang boleh difahami:
1. Untuk menolak dakwaan yahudi bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa alaihis-salam
2. Baginda turun pada waktu hampir tiba ajalnya supaya jasad badinda ditanam di bumi kerana semua manusia berasal daripada tanah dan kembali ke tanah. Firman Allah bermaksud: "Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi." (Taha 20:55)
3. Baginda meminta untuk menjadi umat Nabi Muhamaad SAW kerana kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagaimana diketahui oleh baginda.
No comments:
Post a Comment