JAWAPAN:
...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. An-Nur : 35
Tuesday, June 1, 2021
KELEBIHAN SOLAT 4 RAKAAT SELEPAS ISYA’
JAWAPAN:
Saturday, January 16, 2021
PANDANGAN FUQAHAK TENTANG KENAJISAN ANJING
Ada di kalangan umat Islam yang bekerja di klinik haiwan. Mereka berasa risau kerana setiap hari terpaksa pegang anjing. Timbul persoalan apakah setiap kali hendak solat, perlu samak?
Sebagai menjawab persoalan di atas, di sini dibawakan beberapa pandangan fuqahak dalam masalah kenajisan anjing ni.
1. Mazhab Maliki : Seluruh badan anjing tidak najis termasuk air liurnya. Menurut mereka, hanya jika anjing minum dari satu bekas air, maka air itu tidak suci dan perlu dibuang dan bekas itu dibasuh 7 kali termasuk sekali dengan menggunakan air tanah kerana taabbudi bukan kerana najis.
2. Mazhab Abu Hanifah dan Ahmad dalam salah satu riwayat: badan anjing tidak najis, tetapi air liurnya najis
3. Mazhab Syafie dan Ahmad dalam satu riwayat: seluruh badan anjing termasuk air liurnya adalah najis yang perlu disamak jika disentuh dalam keadaan basah
Jadi semua ulama sepakat, jika disentuh badan atau bulu anjing saja dalam keadaan kering, maka bahagian badan atau pakaian itu tidak najis, dan tidak perlu dibasuh apatah lagi disamak.
jika disentuh dalam keadaan basah atau lembab, wajib disamak mengikut Mazhab Syafie dan Hanbali.
Jika terkena jilatannya, maka wajib disamak mengikut mazhab Syafie, Hanbali dan Abu Hanifah
Mengikut mazhab Maliki, tidak perlu disamak langsung walau pegang apa-apa pun bahagian badan anjing sama ada dalam keadaan basah atau kering. Cuma bekas air jilatan anjing itu sahaja yang kena samak sebagai tuntutan ibadah (taabbudi).
Antara hujah Maliki ialah:
Pertama - Ayat Quran yang membenarkan kita makan binatang buruan yg digigit dan dibunuh oleh anjing pemburu, tiada arahan pun supaya basuh atau samak terlebih dahulu. Allah Ta’ala berfirman maksudnya:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"
Kedua - Hadis ibnu Umar yang dibawa oleh Bukhari yang cerita bahawa di zaman nabi anjing lalu lalang dalam masjid tetapi tidak ada sesiapapun yang menyiramkan air di tempat laluannya.
Dalil fuqahak yang mengatakan anjing itu najis, hadis riwayat Muslim yang Rasulullah s.a.w. memerintahkan apabila anjing menjilat air di dalam satu bekas, air itu hendak dibuang dan bekasnya dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya dengan air tanah.”
Maka, bagi yang bekerja di klinik haiwan yang terpaksa memegang anjing setiap hari, untuk elakkan keraguan dan was-was, bolehlah pakai apron pakaibuang. Jika tidak, kalau hendak samak pun bukanlah sesuatu yang sukar kerana ia hanya melibatkan bahagian tangan sahaja, dan mengikut Mazhab Syafie pun boleh guna sabun samak yang ada dijual sekarang. Tidak perlu menggunakan air tanah.
Jika hendak mengikut mazhab Maliki dalam isu ini pun tiada masalah. Islam itu mudah dan sesuai dipraktikkan di semua tempat, dalam semua keadaan asalkan tidak terkeluar dari prinsip serta pandangan ulamak yang muktabar.
Allahu A’lam.
Thursday, September 3, 2020
HUKUM MENULIS ALQURAN DENGAN HURUF RUMI
SOALAN:
Salam ustazah..
Tulis kalimat inna lillah dlm tulisan rumi, jatuh haram ke?
JAWAPAN:
Wassalam.
Kalimah itu adalah sebahagian daripada ayat al-Quran. Dan ulamak sepakat bahawa menulis al-Quran dengan huruf selain Arab adalah haram.
Di bawah adalah huraian terperinci di website mufti wp. Walaupun ia menghuraikan tentang penulisan basmalah, penulisan inna lillah adalah sama dengannya kerana kedua-duanya ayat al-Quran.
Ada juga ulamak yang berkata, menulis perkataan-perkataan yang dimuliakan di sisi syarak seperti “alhamdulillh” dan seumpamanya tidak sampai ke peringkata haram jika tidak terdapat padanya unsur-unsur penghinaan atau mempermain-mainkan, lebih-lebih bagi mereka yang menggunakan alat seperti komputer atau telefon bimbit yang tiada kemudahan untuk menulis huruf arab.
Jadi kesimpulannya setiap orang berusaha sedaya mungkin untuk mengelak dari menulis kalimah-kalimah al-Quran atau kalimah-kalimah yang ada nilai kebesaran di sisi Islam dengan huruf selain Arab.
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 426 (4 NOVEMBER 2016 M / 4 SAFAR 1438H)
SOALAN:
Hukum menulis بسم الله الرحمن الرحيم di dalam tulisan rumi?
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Kami melihat persoalan di atas boleh ditafsirkan dengan beberapa keadaan:
1. Jika yang dimaksudkan dengan menulis بسم الله الرحمن الرحيم itu adalah dengan menulis secara transliterasi iaitu “Bismillahirahmanirrahim” maka pada asalnya ianya tidak dibenarkan dan ianya juga tidak dikira sebagai Al-Quran. Ini kerana terdapat sebahagian huruf Bahasa Arab yang tiada di dalam huruf rumi dan ini boleh menyebabkan berlakunya kesalahan dalam bacaan yang mana boleh membawa kepada perubahan makna Al-Quran itu sendiri.[1]
Sekiranya disertakan sekali dengan ayat Al-Quran tersebut, maka ianya dibenarkan dalam sesetengah pendapat yang mana bertujuan untuk pembelajaran. Ini selalunya bagi memudahkan mereka yang bukan Arab untuk membaca Al-Quran namun perlulah dari semasa ke semasa untuk memperbaiki bacaan mereka agar bertepatan dengan sebutan serta makhraj.
Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Fatwa Kontemporari turut menjelaskan perkara yang sama iaitu pada asalnya tidak dibenarkan namun dibolehkan untuk ayat Al-Quran ditulis dari selain bahasa Arab dalam konteks penulisan akademik dan juga pembelajaran.[2]
2. Sekiranya yang dimaksudkan dengan menulis بسم الله الرحمن الرحيم itu dengan terjemahannya iaitu “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” maka ia dibenarkan dan ianya termasuk di dalam kategori terjemahan Al-Quran. Namun, terjemahan itu perlulah bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab yang telah ditetapkan.
Kesimpulan
Kami lebih cenderung untuk mengatakan tidak boleh untuk menulis ayat Al-Quran dengan tulisan rumi untuk menutup ruang penyelewengan yang boleh berlaku dari sudut perubahan makna dan juga lafaz.
Seterusnya, sudah pasti ianya juga tidak menepati tajwid dan menyalahi apa yang telah ditulis oleh para ulama’ berkenaan dengan rasm al-Quran itu sendiri. Allah SWT telah menyebutkan berkenaan al-Quran di dalam Bahasa Arab maka begitulah juga mafhumnya tulisan hendaklah juga di dalam Bahasa Arab.
Adalah sangat perlu bagi mereka yang ingin membaca al-Quran berguru, bertalaqqi dan bersyafawi melalui tuan-tuan guru sepertimana yang dipelajari oleh nenek moyang kita secara bersilsilah sejak dahulu lagi. Ini juga melihat bagaimana para Sahabat mengambil bacaan al-Quran itu sendiri daripada Nabi SAW dan seterusnya sampai kepada kita dengan cara bersanad.
Wallahu a’lam.
---------------------------------------
[1] Lihat Manahil al-‘Irfan oleh Syeikh al-Zurqani (2/134) yang mana beliau memetik dari Lajnah Fatwa Al-Azhar mengenai isu ini.
[2] Fatwa Kontemporari. PTS Publication. Jilid 2. Hlm. 7-12.
Wednesday, July 22, 2020
BERBEKAM PADA 1 HINGGA 10 ZULHIJJAH
Assalamualaikum Ustazah
Saya ada soalan nak tanya, Saya masuk program korban pd thn ni. Saya nak buat bekam malam ni. Boleh ke ustazah..sebab kalau potong kuku dan rambut pd hari ini tak digalakkan.Mohon pencerahan..
JAWAPAN:
Wa'alaikumus-salam wrwb.
Kalau boleh ditangguh bekam, elok ditangguhkan. Kalau tak boleh tangguh sebab sakit atau akan menyebabkan bertambah sakit atau akan lambat sembuh, atau tidak ada caa lain untuk merawat, buatlah. Gunting rambut tu makruh. Bukan haram. Dan tak jejaskan pahala korban InsyaaAllah
Wednesday, February 26, 2020
KELEBIHAN BULAN REJAB
Wednesday, October 30, 2019
TUGAS HAKIKI SEORANG SURI
Dalil Kedua: