Al-Quran adalah Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Ia bukan rekaan Baginda SAW.
Baginda adalah seorang manusia biasa yang tidak mengetahui perkara ghaib kecuali apa yang dikhabarkan Allah kepadanya.
Al-Quran diturunkan untuk menjadi panduan kepada manusia dalam semua aspek kehidupan: lengkap, kemas, padat, sempurna dan menyeluruh. Setiap patah perkataan, setiap harakah dan setiap huruf mengandungi mukjizat serta hikmah yang luas dan mendalam yang tidak terjangkau oleh akal manusia kecuali dengan izin Allah SWT.
Untuk kali ini kita perhatikan bagaimana al-Quran mengisyaratkan umur Nabi SAW sebagai penerima wahyu dalam beberapa ayat.
Pertama:
Allah SWT berfirman dalam surah SURAH KE 3, maksudnya:
“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia (Muhammad) pula MATI atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)?....” (A-li'Imraan 3:144)
Allah SWT berfirman dalam surah SURAH KE 21, maksudnya:
“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau MATI (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?” (Al-Anbiyaa' 21:34)
Allah SWT berfirman dalam surah SURAH KE 39, maksudnya:
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan MATI, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.”
(Az-Zumar 39:30)
CUBA KIRA : 3+21+39 = 63 (Umur Nabi SAW)
Kedua:
Allah SWT berfirman dalam surah SURAH KE 10, maksudnya:
“Dan jika Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) akan sebahagian dari balasan azab yang Kami janjikan kepada mereka, atau jika Kami WAFATKAN engkau sebelum itu, maka kepada Kamilah tempat kembali mereka; kemudian Allah yang memberi keterangan mengenai apa yang mereka lakukan.” (Yunus 10:46)
Allah SWT berfirman dalam surah SURAH KE 13, maksudnya:
“Sama ada Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau kami WAFATKANMU sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.” (Ar-Ra'd 13:40)
Allah SWT berfirman dalam surah SURAH KE 40, maksudnya:
“Maka bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah benar; oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka, ataupun Kami WAFATKANMU sebelum itu, (maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.” (Ghaafir 40:77)
CUBA KIRA : 10+13+40 = 63 (Umur Nabi SAW)
Angka-angka ini menepati pula dengan perjalanan hidup Baginda SAW.
10 adalah tempoh masa baginda memikul tanggungjawab di Madinah (10 tahun).
13 adalah tempoh masa baginda memikul tanggungjawab di Mekah (13 tahun)
40 adalah umur Baginda ketika dilantik menjadi Nabi.
Demikianlah ayat-ayat Allah. Setiap ayat, setiap surah tidak diletak sembarangan. Semuanya mengikut wahyu yang diturunkan oleh Allah tanpa dipinda dan diubah oleh sesiapapun.
Allahu A’lam.
No comments:
Post a Comment