Sunday, January 26, 2014

Hukum menutup dagu


1

SOALAN:

Salam, Sy ingin mohon penjelasan ttg definisi muka dlm fiqh - aurat wanita..spesifiknya bahagian bwh/blkg dagu..mohon penjelasan ustzh


JAWAPAN:

Was-salam.

Aurat wanita yang wajib ditutup semasa solat dan di luar solat ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Maksud tapak tangan ialah dari hujung jari hingga ke pergelangan tangan. Manakala yang dimaksudkan muka ialah lebarnya antara dua anak telinga, panjangnya dari gigi rambut atau permulaan tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bawah dagu atau tempat akhir tumbuh janggut.
Di fahami dari takrif di atas, bawah dagu adalah termasuk dalam lingkungan muka. Maka tidak wajib ditutup. Justeru, sah solat wanita yang memakai tudung/telekung tanpa ditutup di bawah dagu. Namun, lebih afdhal menutupnya sebagai ihtiat, iaitu langkah berjaga-jaga agar tidak terbuka leher semasa bergerak, ditiup angin dan seumpamanya.