1
SOALAN:
Salam, Sy ingin mohon penjelasan ttg definisi muka dlm fiqh - aurat wanita..spesifiknya bahagian bwh/blkg dagu..mohon penjelasan ustzh
JAWAPAN:
Was-salam.
Aurat wanita yang wajib ditutup semasa solat dan di luar solat ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak
tangan. Maksud tapak tangan ialah dari hujung jari hingga ke pergelangan
tangan. Manakala yang dimaksudkan muka ialah lebarnya antara dua anak telinga,
panjangnya dari gigi rambut atau permulaan tempat tumbuh rambut di kepala
hingga ke bawah dagu atau tempat akhir tumbuh janggut.
Di fahami
dari takrif di atas, bawah dagu adalah termasuk dalam lingkungan muka. Maka
tidak wajib ditutup. Justeru, sah solat wanita yang memakai tudung/telekung tanpa
ditutup di bawah dagu. Namun, lebih afdhal menutupnya sebagai ihtiat, iaitu
langkah berjaga-jaga agar tidak terbuka leher semasa bergerak, ditiup angin dan
seumpamanya.
No comments:
Post a Comment