Soalan:
Assalamualaikum ustazah..ustazah
sehat?
Ustazah, sye nk tnye..klo kite solat jemaah, wktu
rakaat kedua tu kan, klo imam dh rukuk tp kite belum habiskan bacaan al-fatihah
kite, ape yg patut kite buat? Habiskan al-fatihah ke then rukuk? Ke ikut rukuk
bersama imam sedangkan al-fatihah belum habis baca? Klo kite belum habiskan
al-fatihah tp imam dh habis rukuk cmne? Sye penah dgr ceramah yg kt masjid
ustaz tu ckp psl jgn terputus dgn imam sampai 3 rukun..yg tu cmne yea ustazah?
Sye pernah cari cari mengenai perkara ini, tp tak jmpa jwpn yg solid..
Jawapan:
Wa’alaikumus-salam wr. wb.
Alhamdulillah sihat.
Membaca al-Fatihah merupakan satu daripada rukun
solat. Ia wajib dibaca ketika qiam pada setiap rakaat. Walau bagaimanapun,
menurut Shaikh Muhammad bin Ismail al-Fatoni di dalam kitabnya, al-Bahr al-Wafi
wa an-Nahr as-Sofi, terdapat beberapa keadaan di mana makmum dikecualikan
daripada membacanya:
1. Makmum
yang masbuq. Iaitu makmum yang tidak sempat membaca atau menghabiskan bacaannya
ketika imam masih qiam. Ketika itu dia tidak wajib menghabiskan bacaannya.
Sebaliknya dia hendaklah rukuk bersama dengan imam.
2.
Makmum yang pergerakannya sangat lambat. Umapamanya ketika
bangkit dari sujud rakaat pertama, imam sudah rukuk atau hampir-hampir rukuk.
Maka dia tidak wajib membaca al-Fatihah. Sebaliknya hendaklah dia rukuk bersama
imam meskipun keadaan yang sedemikian berlaku pada setiap rakaat.
3.
Makmum yang terlupa atau ragu sama ada telah membaca al-Fatihah
atau tidak, pada ketika itu imam telah rukuk. Maka dia tidak perlu meneruskan
qiam untuk membaca al-Fatihah. Sebaliknya dia hendaklah terus rukuk mengikut
imamnya.
4.
Imam membaca dengan terlalu pantas, sedangkan makmum membaca
dengan sederhana. Maka makmum tidak sempat menghabiskan bacaannya kerana imam
telah rukuk. Dalam keadaan ini juga makmum tidak wajib menghabiskan bacaannya.
(halaman
70 dan 71)
Berdasarkan
penjelasan di atas, maka anda tidak wajib menghabiskan bacaan anda, sebaliknya
hendaklah rukuk bersama imam. Allahu A'lam.
No comments:
Post a Comment