Saturday, December 7, 2013

Makmum Tidak Wajib Membaca al-Fatihah?


Soalan:

Assalamualaikum ustazah..ustazah sehat?










Ustazah, sye nk tnye..klo kite solat jemaah, wktu rakaat kedua tu kan, klo imam dh rukuk tp kite belum habiskan bacaan al-fatihah kite, ape yg patut kite buat? Habiskan al-fatihah ke then rukuk? Ke ikut rukuk bersama imam sedangkan al-fatihah belum habis baca? Klo kite belum habiskan al-fatihah tp imam dh habis rukuk cmne? Sye penah dgr ceramah yg kt masjid ustaz tu ckp psl jgn terputus dgn imam sampai 3 rukun..yg tu cmne yea ustazah? Sye pernah cari cari mengenai perkara ini, tp tak jmpa jwpn yg solid..

Jawapan:

Wa’alaikumus-salam wr. wb.

Alhamdulillah sihat.
Membaca al-Fatihah merupakan satu daripada rukun solat. Ia wajib dibaca ketika qiam pada setiap rakaat. Walau bagaimanapun, menurut Shaikh Muhammad bin Ismail al-Fatoni di dalam kitabnya, al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr as-Sofi, terdapat beberapa keadaan di mana makmum dikecualikan daripada membacanya:
1.   Makmum yang masbuq. Iaitu makmum yang tidak sempat membaca atau menghabiskan bacaannya ketika imam masih qiam. Ketika itu dia tidak wajib menghabiskan bacaannya. Sebaliknya dia hendaklah rukuk bersama dengan imam.
2.   Makmum yang pergerakannya sangat lambat. Umapamanya ketika bangkit dari sujud rakaat pertama, imam sudah rukuk atau hampir-hampir rukuk. Maka dia tidak wajib membaca al-Fatihah. Sebaliknya hendaklah dia rukuk bersama imam meskipun keadaan yang sedemikian berlaku pada setiap rakaat.
3.   Makmum yang terlupa atau ragu sama ada telah membaca al-Fatihah atau tidak, pada ketika itu imam telah rukuk. Maka dia tidak perlu meneruskan qiam untuk membaca al-Fatihah. Sebaliknya dia hendaklah terus rukuk mengikut imamnya.
4.   Imam membaca dengan terlalu pantas, sedangkan makmum membaca dengan sederhana. Maka makmum tidak sempat menghabiskan bacaannya kerana imam telah rukuk. Dalam keadaan ini juga makmum tidak wajib menghabiskan bacaannya.
(halaman 70 dan 71)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka anda tidak wajib menghabiskan bacaan anda, sebaliknya hendaklah rukuk bersama imam. Allahu A'lam.

Monday, December 2, 2013

"Salam" atau "as-Salam"?


Soalan:

As-salamu'alaikum ustzh,

Minta maaf, nak tanya pendapat ustzh, rasanya masalah ni kecil saja. Tp saya mahukan pnjlsn, kalau boleh dgn dalil drpd al-Quran atau Hadis. Dah bbrp kali saya terima msj, kita tak boleh guna perkataan "salam" kerana ia bermakna "celakalah kamu", sebaliknya mesti guna "as-salam" sebagai singkatan kpd " As-salamu'alaikum". Betul ke, ustzh?

Jawapan:

Wa'alaikumus-salam wr.wb.

"Salam" dengan "as-Salam" adalah perkataan yang sama. Yang bezanya, satu tanpa alif lam "salam" dan satu lagi dengan alif lam "as-salam".

Kalau anda buat pencarian perkataan atau kalimah di dalam al-Quran, taipkan "salam" tanpa alif lam, akan keluar semua perkataan salam, sama ada yang ada alif lam atau yang tidak ada alif lam, iaitu "as-salam" dan "salam".

Banyak terdapat perkataan salam di dalam al-Quran tanpa alif lam. Antaranya, lihat surah-surah Yunus:10, Hud:69, ar-Ra'd:24, Ibrahim:23, Maryam:47, dan lain-lain.