Thursday, June 4, 2009

Suami Menyamakan Isteri Dengan Binatang

soalan

Assalamualaikum,

Saya berusia 32 tahun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 2 orang anak. Apa yang menjadi kemuskilan saya disini ialah apa hukum nya suami menyamakan isteri dengan binatang seperti " BADAN MACAM BABI " untuk pengetahuan puan semasa suami saya meluahkan perkataan ini tiada apa-apa pertengkaran diantara kami.. Saya betul-betul terperanjat apa bila mendengar suami saya berkata demikian. Untuk pengetahuan puan size badan saya tidak boleh di kategori kan sebagai gemok cuma nampak berisi saya. Saya berharap puan dapat memberi jawapan pada soalan saya ini.


Sekian Terima Kasih
Wasallam ....

Jawapan

Salam.
Suami adalah pemimpin dalam rumahtangga. Sebagai pemimpin seorang suami wajiblah memiliki akhlak yang mulia dan menjadi contoh yang baik kepada ahli keluarga, terutama isteri dan anak-anak.
Allah perintahkan suami agar menggauli isteri dengan cara yang baik. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisaa’:19)
Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Orang yang paling baik dari kalangan kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku” (Riwayat at-Tirmizi)
Perkataan menyamakan isteri dengan binatang seperti yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah amat dikesali. Kata-kata seperti itu tidak wajar sama sekali dikeluarkan oleh suami yang diamanahkan oleh Allah agar menggauli isteri dengan cara yang makruf. Ia juga amat jauh dari apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis di atas.
Namun begitu dari segi hukum (hubungan suami isteri) tidak ada apa-apa kesan.

5 comments:

Zulin said...

Salam tuan.. Apa hukum suami menyamakan isteri dengan bau sampah..

Unknown said...

Assalamualaikum,saya sudah berumahtangga selama tujuh tahun,dalam perjalanan rumah tangga saya sering terjadi ketidak cocokan,sehingga ributpun tak terelakkan,namun hanya sebatas omongan tidak ada kekerasan,tapi yang menjadi masalah bagi saya,saya kaget dan hati tidak terima saat suami bilang ngorok mu seperti kerbau,saya merasa sakit sekali saat itu,sehingga hubungan kamipun tak seharmonis sebelumnya.apakah saya salah sakit hati dengan suami saya karena hal itu,saya pengedap sakit hypertyroid,susah tidur namun setiap pagi susah bangun,dan di leher saya tyroidnya audah menonjol

ApexLee84 said...

Assalamualaikum..apakah hukum suami apabila memukul isteri..dan apakah hukum bila suami bila mengatakan ayat yg tidak baik(babi kpd isteri)

Unknown said...

baru semalam suami saya menyamakan saya dengan babi.dia katakan saya dengan babi tiada beza.hanya sebab saya menegur dia tidak bekerja selama seminggu..saya kecewa dengan suami sendiri.

Unknown said...

Assalamualaikum.. baru bergaduh dengan suami sbb dia samakan sy mcm anjing.. adakah layak tempat isteri digelar anjing disebabkan kesalahan kecil?. Sy amat sedih..