Wednesday, February 15, 2012

Soalan tentang solat

Soalan:

Assalamua'alaikum wrb ustazah,

1. Apa yang lebih baik buat wanita yng belum kahwin? Pergi sembahyang kat masjid/surau untuk berjemaah (seperti surau on campus) atau sembahyang sendiri dalam bilik?
2. Semasa tahiyat, bila kita kena naikkan dan turunkan jari telunjuk?
3. kalau wanita sembahyang jemaah berimamkan wanita, dimanakah kedudukan imam? sebaris dengan ma'mum lain atau depan sedikit?
4. Apa perlu kita buat sekiranya ada orang lain terus smbhyng ditepi hendak berjemaah, sdgkan kita sedang sembhyng sunat?
5. apakah yang lebih baik? kita terus masbuk jemaah yng sudah hendak habis sembahyang atau, menunggu jemaah yang seterusnya supaya dapat jemaah sembahyang penuh?
6. Adakah dibolehkan untuk mengikut sembahyang jemaah berkali2 dgn jemaah yang lain (kemungkinan kerana imam seterusnya mempunyai bacaan yang mantap?)

wassalam

Jawapan:

Wa’alaikumus-salam wr.wb.

1. Mana yang lebih baik, tidak diukur pada solat itu sahaja. Ada perkara lain yang perlu dipertimbangkan seperti kekhusyukan dalam solat, niat pergi ke masjid dan sbeagainya. Kalau niat pergi masjid kerana ria’ atau menunjuk-nunjuk, tentulah tidak ada kebaikan padanya. Sebaliknya kalau niat untuk mendekatkan diri dengan masyarakat, bertaaruf dan bersilatul rahim, mengenali mereka dengan lebih dekat dengan tujuan mengambil apa yang baik, membantu siapa yang memerlukan, sudah tentu ganjarannya berlipat ganda daripada solat di rumah.
2. Semasa syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan biarkan terus dalam keadaan terangkat sehingga akhir. Apapun perlu diingat hal ini bukan perkara pokok, mungkin ada pandangan lain yang berbeza, jangan jadikan ianya isu untuk berselisih dan berbahas.
3. Di tengah-tengah saf, sebaris dengan makmum.
4. Teruskan solat. Orang solat sunat sah jadi imam kepada makmum yang solat fardhu.
5. Ikut imam yang ada, kemudian yang lain sambung selepas makmum yang masbuk tadi bangun. Dengan itu jamaah tak putus.
6. Harus. Solat kedua dan seterusnya itu dikira sebagai solat sunat.

1 comment:

Anonymous said...

salam

perlu ke kita ambil wudhuk semula selepas makan atau minum? sebelum tu saya dah ambil air sembahyang dan solat maghrib...lepas tu saya makan nasi dan terus solat isyak dengan menggunakan wudhuk yang sama...sah ke tidak solat saya?