Friday, November 16, 2012

Permasalahan keluar angin dari faraj

Soalan:

salam..saye mohon maaf sekirenye mengganggu ustazah...saye nak tanye ttg masalah fiqh wanita..ustzh, batal tak solat kite sekirenye ade angin keluar melalui lubang faraj ?..angin tu bukan kentut dan ia tak dpat dikawal..mohon jawapannya segera..terima kasih

Jawapan:

Salam.

Menurut seorang doktor pakar sakit puan, angin dalam faraj adalah udara disekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini lazimnya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau apabila seseorang wanita sudah menopos. Lazimnya kedua bibir pada permukaan faraj bertemu rapat di antara satu sama lain menyebabkan permukaan faraj tertutup dan menghalang udara masuk ke dalamnya. Selepas melahirkan anak, faraj akan mengembang dan akan menjadi lebih teruk apabila menopos.
Apabila wanita memasuki alam menopos, kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku kerana hormone kewanitaan (estrogen dan progesterone) sudah tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari. Ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj rengang dan udara dapat memasukki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud. Keadaan ini boleh diatasi dengan melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot yang terdapat pada pelvis (senaman kemutan).
Oleh kerana angin itu adalah udara di sekeliling, maka ia tidak mempunyai bau, walaupun kadang-kadang berbunyi macam “kentut”.
Kentut adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Lazimnya kentut berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur. Untuk mengurangkan masalah kentut yang terlalu kerap, elakkan makanan yang mengandungi protin yang tinggi seperti kekacang, makanan hasil daripada tenusu, daging serta minuman bergas (carbonated drinks).
Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj. Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotic.

Adakah angin yang keluar daripada faraj membatalkan wuduk?
Di dalam sepotong Hadis, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau.” Riwayat Muslim.
Berdasarkan Hadis ini, fuqahak Mazhab Syafi’ei dan Hanbali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk. Manakala fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana keluar angin daripada qubul bukanlah perkara yang biasa dan tidak ada dalil yang jelas menunjukkan ia membatalkan wuduk. Oleh kerana tiada dalil yang jelas maka mereka berpegang kepada kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu perkara itu kekal kecuali ada yang merubahnya”.

Kalau kita teliti huraian yang diberikan oleh doktor perubatan mengenai angin daripada faraj dan angin daripada dubur, jelas kedua-duanya ada perbezaan. Angin daripada faraj adalah udara yang berligar di sekitarnya, sedangkan angin daripada dubur adalah yang keluar daripada dalam usus. Dan Hadis di atas adalah merujuk kepada angin yang keluar daripada dalam usus di mana Nabi s.a.w. menyebut “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya,...”
Justeru, penulis secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki. AllahuA’lam.





3 comments:

Insan Kerdil said...

salam..sy nak tanya.. sy ada keputihan.. setiap kali hendak solat sy basuh,cuci dan bedehemdan sumbat tisu dlm faraj dan wuduk.. masa solat kdg2 ia keluar..kdg2 sy dapat rasa ia keluar tp lps cek tgk xde air pn.. kemudian sy ada mslh selalu kentut jgk sbb tiap kali solat rasa hendak terkentut.. bila dh buang angin pn still rasa jgk..terpaksa sy tahan..dg2 rasa something keluar dr kemaluan depan..x pasti dari dalam atau dari sekitar labia majora..tapi agak selalu jgk rasa mcm tu masa solat. bila keluar air sy ulang cuci dan wuduk. kalau x ada air sy ulang wuduk saja tanpa cuci semula.. sy ada mslh jgk dlm bacaan masa solat.. sy dh baca perlahan dan berbisik tp bunyi dan sebutan tidak jelas tambah2 pada sebutan yg ada 'ain' dan 'ha'..jd sy keraskan bacaan walaupun berbisik.. tp bila keraskan bacaan kdg2 angin dan itu lebih dirasai.. sy x tau lg macamana nk baca dgn perlahan dan jelas.. sy selalu kna ulang bacaan sbb bunyi/sebutan tu x jelas dgr..tekanan abdomen pd waktu bacaan.. sy tidak pasti/lupa angin tu dr dalam atau di sekitar labia majora..kdg2 sy ulang jgk wuduk dan solat..kdg2 sy biarkan saja..sbb asyik keluar..x sah ke solat saya? :(

KU MAHU BAHAGIA said...

Saya pon de kes ragu2 jugk cm ni..kdg2 rase kelua angin kt faraj ni sah ke batal.n kadag2 musykil kentut ni kelua ke tak..bile amek wuduk n solat balik kdg2 bende tu berulang lagi..klo boleh jgn ikot kehendak hati sgt sbb kdg2 syaitan yg kacau kita.. Tak baik ragu2 dlm solat.. Sbg manusia buat ape yg termampu.. Wallahualam

kak cik said...

http://sayangislam.com/2010/01/27/keluar-angin-melalui-faraj-kentut-vagina/