Soalan:
Assalamualaikum, Ustazah.
Saya nak tanya, adakah terdapat solat sunat
selepas aqad nikah? Kalau ada, itu dikira sunat apa dan nak niat macamana?
Jawapan:
Wa'alaikumus-salam wrwb.
Merujuk kepada kitab "Al-Fiqh
Al-Islami WaAdillatuh" tulisan Dr Wahbah Az-Zuhaili, juzuk 7, disebut
perkara-perkara yang disunatkan ketika aqad nikah serta dalil-dalilnya:
1.
Khutbah sebelum aqad dengan
memuji Allah, melafazkan syahadah, berselawat ke atas Nabi s.a.w., mengingatkan
supaya bertaqwa dan peringatan-peringatan lain yang berkaitan dengan pembinaan
keluarga yang sejahtera dan diredhai Allah 'Azza wa Jalla.
2.
Berdoa untuk kedua-dua
pengantin dengan doa yang diajar oleh Nabi s.a.w. seperti yang diriwayatkanoleh Abu Daud dan at-Tirmizi
"بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما فى خير"
3.
Aqad dilakukan pada petang jumaat.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi bersabda maksudnya: "Hendaklah
kamu menikahkan pada waktu petang kerana ia lebih besar keberkatannya."
Riwayat Abu Hafs. Maka disunatkan pada semulia-mulia hari demi mencari
keberkatannya. Di samping itu pada akhir waktu siang hari jumaat merupakan
waktu mustajab.
4.
Mengisytiharkan pernikahan
dengan paluan kompang. Harus juga diiringi dengan nyanyian yang mengandungi
maksud yang baik-baik
5.
Menyebut mas kahwin ketika
aqad. Ini untuk mengelakkan perselisihan di kemudian hari serta menenangkan
hati kedua-dua belah pihak
6.
Mengadakan walimah atau
kenduri, menjamu kaum keluarga, sahabat handai serta kenalan-kenalan.
Kita dapati, tidak disebut tentang
disunatkan solat selepas aqad.
Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya
"Al-Mufassol fi Ahkam Al-Mar'ah wal-Baitil-Muslim fi Asy-Syari'ah
Al-Islamiyyah" juzuk 6, menambah ke atas apa yang telah dinyatakan di atas,
beberapa perkara lain yang disunatkan. Antaranya:
1.
Aqad dilakukan di masjid. Dalam
hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Isytiharkan pernikahan,
lakukannya di masjid dan palulah kompang." Riwayat at-Tirmizi
2.
Dilakukan pada bulan Syawwal.
Aisyah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. menikahiku pada bulan Syawwal, dan
mula bersama denganku pada bulan Syawwal. Maka manakah di antara isteri-isteri
baginda yang lebih beruntung daripadaku?" Riwayat Muslim
3.
Solat dua rakaat ketika kali
pertama suami masuk ke bilik isteri dan berdua-duaan dengannya. Abu Soleh
meriwayatkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi s.w.a. hadir ke majlis
pernikahan Abi Sa'eid Maula kepada Abi Usid. Mereka berkata kepada Abi Sa'eid:
"Apabila kamu masuk ke bilik isterimu, maka solatlah dua rakaat. Kemudian
pegang kepalanya sambil berdoa: "Ya Allah, berkatilah untukku pada
isteriku dan berkatilah untuk isteriku padaku. Kurniakan aku rezeki (anak)
daripadanya dan kurniakan dia rezeki (anak) daripadaku." Kemudian selepas
itu urusan kamu dengan isterimu!"
4. Majlis aqad dihadiri oleh orang-orang yang baik dan bertaqwa supaya mereka turut menjadi saksi pernikahan itu.
اللَّهُمَّ
بَارِكْ لِي فِي أَهْلِي ، وَبَارِكْ لأَهْلِي فِيَّ ، اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي
مِنْهَا ، وَارْزُقْهَا مِنِّي
Al-Baihaqi
meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Apabila salah seorang
daripada kamu memperolehi isteri, maka peganglah ubun-ubunnya seraya menyebut
bismillah dan hendaklah dia berdoa: "Ya Allah, aku memohon daripadaMu
kebaikannya dan kebaikan sifatnya, dan aku berlindung
denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan sifatnya."4. Majlis aqad dihadiri oleh orang-orang yang baik dan bertaqwa supaya mereka turut menjadi saksi pernikahan itu.
Kalau kita perhatikan apa yang disebut oleh
Dr Abdul Karim Zaidan, No 3 di atas dalam riwayat al-Baihaqi, Nabi s.a.w. hanya
mengajar doa yang patut dibaca ketika memperoleh isteri tetapi tidak
menganjurkan solat. Solat dianjurkan oleh sahabat r.a. Waktunya adalah ketika
mula masuk bilik berduaan, bukan selepas aqad.
Niat solat adalah solat sunat sahaja atau
solat hajat memohon keberkatan dalam perkahwinan yang baru terbina.
Allahu A'lam.
No comments:
Post a Comment