SOALAN :
Salam. Ustazah, saya nak tanya, bolehkah saya buat qurban untuk ayah dan
ibu yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia?
JAWAPAN:
Wassalam.
Tidak sah qurban bagi pihak orang lain yang
masih hidup tanpa izinnya kerana ia merupakan ibadah. Ibadah pada asalnya tidak
harus dilakukan untuk orang lain kecuali apa yang telah jelas dalilnya,
lebih-labih lagi pihak yang dibuat untuknya itu tidak menyatakan keizinannya. Namun
terdapat pengecualian, iaitu salah seorang daripada ahli keluarga membuat
qurban, terhasil untuk semua ahli keluarga tersebut sebagai satu sunat kifayah
sekalipun tidak mendapat keizinan daripada semua ahli keluarga itu.
Dan tidak sah juga dibuat qurban bagi pihak
orang yang telah meninggal dunia sekiranya dia tidak mewasiatkannya.
Jika orang yang meninggal dunia itu
berwasiat supaya dibuat qurban bagi pihaknya, maka sah dilakukan. Pengarang
juga menyatakan ada pendapat - tanpa menyebut siapa - yang mengatakan sah
dibuat qurban bagi pihak orang yang telah meninggal dunia sekalipun dia tidak
mewasiatkannya kerana qurban merupakan satu bentuk sedekah. Dan sedekah boleh
dibuat untuk orang yang telah mati serta bermanfaat untuknya.
Sekiranya dibuat qurban bagi pihak orang
lain termasuk orang yang telah mati, wajib disedekahkan semua dagingnya.
No comments:
Post a Comment