Sunday, June 5, 2016

RAMADHAN KAREEM


Soalan:

Salam Ustazah, minta maaf ustazah, saya cuma ingin tahu ucapan “ramadhan kareem” yang sering diucapkan apabila tiba bulan ramadhan adakah ianya sunat?


Jawapan:

Wassalam. Ramadhan Kareem adalah satu ungkapan berupa statement atau “jumlah khabariah” yang bermaksud ramadhan mulia atau ramadhan pemurah. Pada zahirnya orang yang mengucapkan itu memberitahu kepada orang yang di hadapannya bahawa ramadhan adalah satu bulan mulia. Tetapi mungkin di sebalik itu maksud yang hendak disampaikan ialah dia berdoa supaya orang yang ditujukan ungkapan itu mendapat kemuliaan dan keberkatan di bulan ramadhan.

Sebahagian ulamak berpendapat ungkapan ramadhan kareem yang bermakna ramadhan mulia atau ramadhan pemurah tidak tepat kerana ramadhan tidak memberi apa-apa kepada kita. Allah yang menjadikannya bulan yang mulia, yang melimpahkan banyak kelebihan-kelebihan di dalamnya serta menjadikannya waktu untuk kita menunaikan satu daripada rukun Islam yang lima. Lebih tepat jika disebuat Ramadhan al-Mubarak, iaitu Ramadhan yang diberkati.


Dari segi hukum, ia bukan sunat dan bukan juga sunnah kerana (setakat yang saya ketahui) Nabi s.a.w. tidak pernah mengucapkannya. Pada pendapat saya, ucapkanlah ucapan yang jelas makna dan maksudnya dalam bahasa pertuturan kita. Tambahan pula jika kita gunakan ucapan tertentu tanpa kefahaman yang jelas dan dengan i’tiqad atau anggapan bahawa ianya sunnah akan membuatkan kita melakukan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja kerana kejahilan. Allahu A’lam.

1 comment:

Sarah Azhar said...

Salam ustazah..saya ingin bertanya apakah hukum seorang isteri mencari rezeki bagi menyara dirinya serta anaknya sedangkan suami mengabaikan tanggungjawabnya tanpa memberi satu sen pn..adakah isteri itu berdosa jika melanggar cakap suami? Selama berkahwin isteri yg mennggung sepenuhnya perbelanjaan harian.suami tidak menjalankan tanggungjawab bahkan sering memaki hamun isteri dengan kata-kata yang keji.. Isteri pernah mengadu di pejabat agama 2kali tetapi suami berdegil utk hadir..si isteri tidak mahu lgi bersama suami tp suami eggan melepaskan isteri..saban hari isteri buntu utk mencari jalan selesai utk berpisah krn suami eggan brkerjsama..mohon pencerahan