Soalan:
Assalam. Ustazah, sy
nak minta komen sikit tentang suami yg cop isterinya yg xmampu buat kerja2
rumah tu sebagai pemalas dan menganggap kerja rumah seperti membasuh dan
mengemas adalah tugas wajib seorang isteri...mohon pencerahan sedikit...t.kasih...
Jawapan:
Wassalam. Sedia maklum
bahawa rumahtangga dibina untuk tujuan mendapat sakinah, ketenangan dan
kedamaian hati kedua-dua belah pihak. Ikatan yang suci murni itu diperkuatkan
lagi dengan perasaan mawaddah dan rahmah yang dikurniakan Allah Yang Maha
Pengasih lagi Penyayang.
Sebagai ketua di dalam
rumahtangga, suami disarankan agar menggauli dan melayani isteri dengan baik,
sehinggakan Nabi s.a.w. meletakkan kayu pengukur untuk menilai kebaikan seorang
suami pada cara mana dia melayan isterinya.
Begitulah sebaliknya.
Isteri yang baik itu ialah yang menyenangkan hati suami, yang taat dan sentiasa
berusaha untuk membuatkan suaminya bahagia.
Jadi, berbalik kepada
soalan yang ditanyakan di atas, isteri tidak mampu membuat kerja rumah. Apakah
sebab tidak mampu itu? Sakit atau terlalu banyak tugasan di luar? Apakah
isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa atau seorang wanita yang
berkerjaya?
Dari sudut hukum memang
tidak diperincikan tugas isteri selain taat kepada suami. Namun dari sudut matlamat
perkahwinan yang dinyatakan di atas, mampukah ketenangan dicapai sekiranya rumah
dibiarkan kotor dan berselerak dengan alasan kita tidak wajib berkemas?
Kesimpulannya, pada pendapat
saya kedua-duanya perlu kembali kepada tujuan asal perkahwinan, untuk mewujudkan
perasaan saling menyayangi dan membahagiakan hati masing-masing yang mana
dengannya lahirlah ketenangan yang dicari-cari.
Jika isteri tidak
mampu, suami sepatutnya memahami sebab tidak mampu dan cuba berbincang untuk
mencari jalan menyelesaikannya. Kalau hanya tahu cop pemalas atau sebagainya,
adakah dengan itu dapat selesai masalah?
Moga-moga jawapan ini
dapat membantu.
No comments:
Post a Comment