Soalan:
Salam Ustazah, minta
maaf ustazah, saya cuma ingin tahu ucapan “ramadhan kareem” yang sering
diucapkan apabila tiba bulan ramadhan adakah ianya sunat?
Jawapan:
Wassalam. Ramadhan
Kareem adalah satu ungkapan berupa statement atau “jumlah khabariah” yang
bermaksud ramadhan mulia atau ramadhan pemurah. Pada zahirnya orang yang
mengucapkan itu memberitahu kepada orang yang di hadapannya bahawa ramadhan
adalah satu bulan mulia. Tetapi mungkin di sebalik itu maksud yang hendak
disampaikan ialah dia berdoa supaya orang yang ditujukan ungkapan itu mendapat
kemuliaan dan keberkatan di bulan ramadhan.
Sebahagian ulamak
berpendapat ungkapan ramadhan kareem yang bermakna ramadhan mulia atau ramadhan
pemurah tidak tepat kerana ramadhan tidak memberi apa-apa kepada kita. Allah
yang menjadikannya bulan yang mulia, yang melimpahkan banyak
kelebihan-kelebihan di dalamnya serta menjadikannya waktu untuk kita menunaikan
satu daripada rukun Islam yang lima. Lebih tepat jika disebuat Ramadhan
al-Mubarak, iaitu Ramadhan yang diberkati.
Dari segi hukum, ia
bukan sunat dan bukan juga sunnah kerana (setakat yang saya ketahui) Nabi
s.a.w. tidak pernah mengucapkannya. Pada pendapat saya, ucapkanlah ucapan yang
jelas makna dan maksudnya dalam bahasa pertuturan kita. Tambahan pula jika kita
gunakan ucapan tertentu tanpa kefahaman yang jelas dan dengan i’tiqad atau
anggapan bahawa ianya sunnah akan membuatkan kita melakukan kesalahan secara
sengaja atau tidak sengaja kerana kejahilan. Allahu A’lam.
2 comments:
Salam ustazah..saya ingin bertanya apakah hukum seorang isteri mencari rezeki bagi menyara dirinya serta anaknya sedangkan suami mengabaikan tanggungjawabnya tanpa memberi satu sen pn..adakah isteri itu berdosa jika melanggar cakap suami? Selama berkahwin isteri yg mennggung sepenuhnya perbelanjaan harian.suami tidak menjalankan tanggungjawab bahkan sering memaki hamun isteri dengan kata-kata yang keji.. Isteri pernah mengadu di pejabat agama 2kali tetapi suami berdegil utk hadir..si isteri tidak mahu lgi bersama suami tp suami eggan melepaskan isteri..saban hari isteri buntu utk mencari jalan selesai utk berpisah krn suami eggan brkerjsama..mohon pencerahan
Kena beri tamparan hebat sikit supaya dia sedar diri jika anda mampu..jangan bersikap lemah... Jika anda tunjuk anda lemah dia akan rasa berkuasa..Beritahu dia anda lakukan itu demi agar dia berubah..cthnya jgn beri dia makan .. sepatutnya dia yg beri anda makan.. jgn kasihan berlebihan..jika dia pukul anda maka jgn kasihan lagi..beritahu ibu ayah anda dan mak ayah mertua dulu..jika mereka tak buat apa2..lapor polis saja. Tiada gunanya lelaki dayus pemalas dalam hidup anda...
Post a Comment