SOALAN:
JAWAPAN:
Korban merupakan satu ibadah, satu syiar daripada
syiar Islam yang dituntut ke atas umat Islam melakukannya. Hukumnya adalah
sunat muakkad ke atas mereka yang mempunyai kemampuan. Kelebihannya dinyatakan
di dalam sepotong hadis sahih riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Aishah
r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Tidak ada amalan anak Adam pada
hari Nahar, iaitu Hari Raya Haji yang paling disukai Allah selain daripada
menyembelih binatang ternakan. Sesungguhnya binatang yang disembelih itu akan
dibangkitkan pada hari qiamat nanti beserta dengan tanduk, bulu dan kulitnya.
Dan sesungguhnya darahnya itu sampai kepada Allah (diterima sebagai amal soleh
di sisi Allah) sebelum ia menitis ke bumi. Maka ikhlaskan hatimu dalam
melakukannnya.”
Oleh itu, adik puan tidak perlu dan tidak patut
membatalkan niatnya untuk berkorban dengan sebab suami belum melakukannya kerana
ibadah itu tidak ada kaitan dengan suami sekiranya dia lakukan dengan hartanya
sendiri.
No comments:
Post a Comment