Soalan:
assalamualaikum wbt ustazah,
Soalan saya adalah mengenai ramainya pelajar2 Muslim Malaysia di USA ni yg bekerja di cafe2 yg turut antara lain menyediakan makanan Haram;
1)Adakah halal gaji yang mereka terima atas kerja2 mereka dlm menyediakan hidangan2 yg tidak syarie ni? (antara tugas biasa: memotong daging khinzir dll)
2)apakah status gaji mereka hasil dari perniagaan cafe2 ni yg menjual benda2 haram (daging haram,arak dll)?
Jawapan:
Wa’alaikumus-salam wr.wb.
Para fuqahak berpendapat perkara-perkara yang haram dan najis seperti arak, bangkai dan khinzir adalah haram dan tidak sah dijual. Jika bekerja di kedai yang menjual perkara-perkara tersebut juga adalah haram walaupun tidak terlibat secara langsung dalam menyediakannya kerana itu termasuk dalam kategori tolong menolong dalam perkara dosa yang ditegah oleh Allah s.w.t. di dalam firmanNya yang bermaksud:
“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…” Al-Maidah:3
Dalil-dalil yang menunjukkan haram menjual perkara-perkara di atas:
1. Daripada Jabir bin Abdullah r.a., dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda pada Hari Fathu Makkah ketika baginda berada di Makkah, “Sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala.” Lalu baginda ditanya, “Ya Rasululllah, bagaimana dengan lemak bangkai? Ia boleh digunakan untuk menampal perahu, meminyakkan kulit dan membuat lilin untuk manusia menjadikan penyuluh?” Baginda bersabda, “Tidak, ia haram.” Kemudian baginda bersabda pula ketika itu, “Allah membunuh orang Yahudi! Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas mereka lemak, lalu mereka meleburkannya kemudian mereka jual, maka mereka makan harganya.” Riwayat at-Tirmizi.
2. Daripada Barakah Abi al-Walid, dia menceritakan bahawa Ibn Abbas r.a. berkata, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk di Masjidil-Haram mengadap ke arah Hijir Ismail. Baginda memandang ke langit, lantas tertawa. Kemudian baginda bersabda, “Allah laknat orang Yahudi. Diharamkan mereka memakan lemak, maka mereka menjualnya dan memakan harganya. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla, apabila Dia mengharamkan sesuatu kaum memakan sesuatu, Dia mengharamkan mereka memakan harganya.” Musnad Ahmad.
Mudah-mudahan jawapan ini membantu saudara dan kawan-kawan.
3 comments:
salam...dalam hal ni, sama tak hukumnya kalau kerja di kedai aksesori yang antara produknya ada rantai/gelang etc yang bersalib(cross)?walaupun aksesori bersalib tu cuma (katakan) 2% shj dr jumlah barang2 yg ada?
assalamualaikum ustazah,
apa yg patut kita lakukan dengan gaji yg kita dapat sebelum dapat tahu perihal ini?
Assalamu'alaikum wr.wb.
1. org yg terpaksa bekerja di tmpt yg bercampur dgn perkara haram dan syubhah, diharuskan dengan syarat:
a. niat utk mengubah
b. berusaha mencari kerja lain dan terus berhenti jika telah temui gantinya.
2. gaji sebelum tu, sebab tak tahu istighfar dan taubat banyak2 di samping perbanyakkan sedekah semoga Allah gantikan dengan yg halal dan bersih insyaAllah
Post a Comment