Soalan:
Assalamualaikum Ustazah.
Selawat salam ke atas Nabi junjungan.
Besar harapan sy kalau ustazah boleh
luangkan masa untuk jawab persoalan sy ni.
Konteks :
Sekarang sy belajar di luar negara,
Perancis. Tak lama lagi sy akan sewa rumah, serumah dgn non muslim w/negara
French non muslim.
Persoalannya, macam mana ye ustazah cara
terbaik untuk uruskan soal barang2 dapur since kita makan makanan berbeza
status halal haramnya.
Macammana nak urus pinggan mangkuk tu ya
? Kita boleh guna ke pinggan mangkuk sama yg diorang masak pork ? Peti ais
bercampur is it a okay ?
Dan tanggal alas selipar masuk rumah itu
sunat ke ustazah ?
K
tq ustazah. Kalau ustzah ada pesanan or nasihat, sy trima tgn terbuka. May
Allah bless
Jawapan:
Wa’alaikumus-salam
wr.wb.
1. Berkaitan dengan penggunaan bekas-bekas
milik orang bukan Islam atau bekas-bekas yang digunakan oleh mereka, hukumnya
saya petik daripada “Kitab Fikah Mazhab Syafie” terbitan Pustaka Salam 1998,
jilid 1, halaman 43:
“Harus menggunakan bekas-bekas kepunyaan orang
kair sebagaimana Hadis al-Bukhari (516) daripada Abi Tha’alabah, Nabi s.a.w.
bersabda (maksudnya): “Maka basuhlah dan makanlah dengannya”.
Perintah membasuhkannya adalah dengan makna
sunat kerana bekas tersebut mungkin telah tercemar disebabkan orang kafir
menggunakannya untuk minum arak, makan babi dan seumpamanya.”
Apa yang dinyatakan sunat basuh itu, jika
pinggan atau bekas dalam keadaan bersih, tidak nampak kesan-kesan makanan atau
minuman mereka yang haram. Jika terdapat dengan jelas kesannya maka wajiblah
dibasuh terlebih dahulu dan harus digunakan.
2. Makanan yang
disimpan di dalam peti sejuk hendaklah dibungkus dengan pelastik atau bekas
yang tertutup rapat agar tidak terkena makanan mereka yang tidak halal.
Seeloknya bincang supaya dapat ditentukan ruangan simpanan makanan yang khas untuk
kita dan untuk mereka supaya tidak bercampur.
3. Pada
asalnya, membuka kasut atau alas kaki ketika masuk rumah tidak wajib kecuali
jelas ada najis yang melekat pada kasut itu. Hal ini difahami daripada apa yang
diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abi Sa’eid al-Khudri r.a. Dia berkata:
Ketika Rasulullah s.a.w. sedang solat bersama para sahabat r.a., tiba-tiba
Baginda membuka kasutnya, lalu diletakkan di sebelah kirinya. Manakala makmum
melihatnya, mereka semuanya membuka kasut masing-masing. Apabila selesai solat,
Rasulullah s.a.w bertanya: “Apa yang menyebabkan kamu semua membuka kasut
kamu?” Mereka menjawab: “Kami nampa Rasulullah membuka kasut, maka kamipun ikut
membukanya.” Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Sesungguhnya Jibril datang
memberitahuku bahawa pada kedua-dua belah kasutku terdapat najis.” Dan Baginda
bersabda lagi (maksudnya): “Apabila kamu datang ke masjid, maka hendaklah kamu
melihat kasut kamu terdapat kekotoran atau tidak. Jika terdapat kekotoran,
bersihkan kekeotoran itu dan bersolatlah dengan memakainya.”
Hadis di atas adalah berkaitan dengan solat
di dalam masjid dengan memakai kasut. Pengajaran yang dapat diambil daripadanya
ialah Islam mementingkan kebersihan dan elakkan daripada perkara kotor dan
najis sama ada di dalam masjid ataupun di tempat kediamana.
No comments:
Post a Comment