Soalan:
Salam ustzh ,,nk
tnya,,siapa shbt2 yg uruskn jnzah nbi muhd smsa mmndikn dn mengkfankn,brapa lma
msa diambil untuk mnnamkn jnzah bginda dri hri kmtian bginda dn siapa shbt2 yg
trut serta dlm pengebumian bginda nbi..?
Jawapan:
Salam. Menurut kitab-kitab
sirah, Nabi Muhammad s.a.w. telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari
isnin 12 Rabiul Awwal tahun ke 11 hijriah pada waktu dhuha.
Maka berlaku
perbincangan yang hangat di kalangan para sahabat radhiallahu’anhum tentang pengganti baginda untuk memimpin umat.
Perbincangan dan perbahasan yang hangat di antara muhajirin dan Ansar berlaku
di Saqifah Bani Sa’eidah. Akhirnya mereka mencapai persepakatan melantik Abu
Bakar radhiallahu’anhu. Perbincangan
itu berlarutan sehingga ke tengah malam membawa ke subuh pagi selasa.
Pada hari selasa,
jenazah baginda yang mulia dimandikan oleh ahli keluarganya tanpa membuka
pakaiannya. Mereka yang memandikan terdiri dari Abbas, Ali, Fudhail bin Abbas,
Qatham bin Abbas, Syaqran maula Rasulullah, Usmah bin Zaid dan Aus bin Khauli.
Setelah dikafan dengan tiga helai kain putih, mereka khilaf pula tentang tempat
disemadikan jenazah. Namun akhirnya terlerai apabila Abu Bakar r.a. berkata,
“Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Tidak
dicabut nyawa seorang nabi melainkan dia ditanam ditempat nyawanya dicabut itu.
Lantas Abu Talhah mengangkat tilam tempat baginda wafat, dan digali kubur di
bawahnya.
Orang ramai mula
berduyun menunaikan solat jenazah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang pada satu
masa bermula dengan ahli keluarganya, diikuti oleh muhajirun, ansar, wanita dan
kanak-kanak.
Akhirnya jenazah
baginda disemadikan pada tengah malam itu (selasa malam rabu)
Sumber: Raheeq Makhtum,
Sofiur-Rahman al-Mubarakfuri.
No comments:
Post a Comment