Soalan:
Salam Ustzh, sy nak tanya ttg doa yg
Nabi s.a.w. ajar kpd Aisyah r.a. spy dia bc mlm lailatulqadar. Apa maksud
sebenar doa tu? Trm kasih atas penjelasan.
Jawapan:
Wassalam. Aisyah r.a. telah bertanya
Rasulullah s.a.w. sekiranya dia bertemu Lailatul-Qadar, apa yang patut dia
lakukan? Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa ini:
(اللهمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ،
تُحبُّ العفوَ فاعفُ عني)
Riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi.
Doa ini mengandungi erti yang sangat besar,
merangkumi kebaikan dunia dan akhirat.
Pertama, ia dimulakan dengan tawassul
menyebut nama dan sifat Allah yang sesuai dengan apa hendak diminta, iaitu
sifat 'Afuww (Pemaaf).
Kedua, memujiNya dengan menyebut
Tuhibbul'afwa (sukakan kemaafan). Memuji sebelum berdoa adalah satu daripada
adab berdoa.
Ketiga, memohon al-'afwa (Fa'fu 'anni).
Al-'Afwa sebenarnya merangkumi kebaikan
dunia dan akhirat. Ia termasuk kesejahteraan tubuh badan daripada penyakit dan
kesakitan. Kesejahteraan agama daripada bidah dan khurafat. Itu di dunia.
Di akhirat pula dimaafkan daripada hisab
(perhitungan) dan azab. Orang yang
selamat daripada hisab dan azab, maka dia sesungguhnya berjaya mencapai
kebahagiaan dan keberuntungan yang hakiki. AllahuA'lam.
No comments:
Post a Comment