Soalan:
Salam
ustazah. Ana ada soalan yg ingin ana bertanya berkaitan dgn bulan ramadhan dan
hubunngan suami isteri. Adakah boleh suami dan isteri bermesra semasa di bulan
Ramadhan pada siang hari spt bercium dan menyentuh antara satu sama lain tanpa
berjimak namun sehingga mengeluarkan air mani? mohon ustazah berikan hukumnya
dan amat2 ana hargai dgn sokongan dalil. Jazakillahkhair.
Jawapan:
Salam. Jimak
atau bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani membatalkan puasa
berdasarkan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 187.
Begitu
juga mengeluarkan air mani (istimna’) dengan bercumbu, dengan menggunakan
tangan dan sebagainya. Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukan perkara
itu, batal puasanya. Tetapi sekiranya ia berlaku di luar kawalannya, tidak
batal.
Maka
hukum bercumbu dan bercium pada waktu
siang bulan Ramadhan bagi mereka yang cepat naik syahwahnya sama ada lelaki
atau perempuan adalah makruh tahrim, iaitu makruh yang hampir-hampir kepada
haram kerana ia mendedahkannya kepada merosakkan puasa.
Bagi
mereka yang tidak cepat naik syahwahnya, yang utama baginya (yang afdhal) ialah
meninggalkannya demi menutup pintu ke arah merosakkan puasanya.
Aisyah
r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah menciumku sewaktu baginda s.a.w.
berpuasa. Siapakah di kalangan kamu yang dapat menguasainya nafsunya
sebagaimana Rasulullah s.a.w. menguasai nafsunya?” Riwayat Muslim
Ulamak
berkata: maksud kata-kata Aisyah r.a. ialah sepatutnya kamu menjauhi daripada
bercium dan jangan menyangka bahawa diri kamu seperti Nabi s.a.w. yang boleh
melakukannya. Ini kerana baginda s.a.w. mampu menguasai dirinya dan dapat
menjamin perbuatan mencium itu tidak akan menjadi menyebab keluar air mani,
sedangkan kamu tidak dapat menjaminnya.”
Di dalam “Sunan”
daripada Abu Hurairah r.a., seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w. tentang hukum
bersentuhan kulit bagi orang yang berpuasa, maka Nabi s.a.w. memberikan
kelonggaran kepadanya. Kemudian datang pula lelaki lain bertanyakan soalan yang
sama, maka Nabi s.a.w. melarangnya. Selepas itu diketahui bahawa yang baginda berikan
kelonggaran itu adalah lelaki tua dan yang baginda adalah lelaki muda.
No comments:
Post a Comment