SOALAN:
Assalamualaikum
ustazah,
Saya
ingin bertanya tentang solat.
Solat di
awal waktu dan solat berjemaah
yang mana
perlu diutamakan?
Saya
hendak solat berjemaah tetapi kawan2 macam lengah2kan atau kadanga2 buat kerja
lain dulu baru nak solat
kdg2, saya
solat ja dulu...kdg2 saya tunggu mereka...pernah tu, saya solat sendiri dulu
then solat jemaah apabila kwn2 dah nak berjemaah..
JAWAPAN:
Wa’alaikumussalam
wrwb.
Ulamak
berbeza pendapat dari segi yang mana lebih afdhal, solat di awal waktu
sendirian atau solat di akhir waktu berjamaah.
Ada yang
mengatakan sekiranya seseorang itu mampu solat di awal waktu sendirian dan
mengulanginya di akhir waktu secara berjamaah, itulah yang paling afdhal. Ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Dzar r.a. bahawa
Nabi s.a.w. berkata kepadanya: “Bagaimana keadaanmu sekiranya engkau berada di
dalam kalangan satu kaum yang melewatkan solat mereka?” Abu Dzar bertanya Nabi
s.a.w.: “Apa yang anda perintahkan supaya saya lakukan?” Nabi s.a.w. bersabda
(maksudnya): “Solatlah di dalam waktunya kemudian pergilah tunaikan hajatmu.
Sekiranya solat jamaah didirikan dan engkau pada waktu itu berada di dalam
masjid, solatlah bersama mereka pula.”
Ketika
mensyarah hadis ini, Imam an-Nawawi berkata: “Maka apa yang kami pilih ialah,
buat seperti yang disuruh oleh Nabi s.a.w., iaitu solat dua kali; sekali di
awal waktu untuk mendapat fadhilat awal waktu dan sekali lagi di akhir waktu
berjamaah untuk mendapat fadhilat jamaah.”
Namun
sekiranya seseorang itu memilih untuk solat sekali sahaja maka melewatkannya
lebih afdhal sekiranya dia yakin akan dapat berjamaah. Dalam konteks ini, Imam
an-Nawawi berkata: “Sekiranya seseorang itu mahu menunaikan sekali sahaja,
sekiranya dia yakin dapat berjamaah di akhir waktu, maka melewatkan lebih
afdhal untuk memperoleh syi’arnya yang zahir kerana berjamaah, mengikut mazhab
kita yang sahih adalah fardhu kifayah.
1 comment:
Jam Azan PROMAS merupakan teknologi terkini paparan waktu solat secara
automatik (Elektronik) yang direka khas sebagai panduan untuk membantu umat
Islam dalam penjagaan masa terutama dalam melaksanakan ibadah solat di awak waktu.Jam iniberfungsi secara automatik melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Jam Azan PROMAS sesuai untuk kegunaan masjid , surau , pejabat, rumah dan lain-lain lagi. Selain itu boleh dijadikan hadiah / cenderahati majlis perkahwinan/hari lahir , bahan wakaf, hiasan , bahan pendidikan anak-anak, menggantikan jam analog dan sebagai bahan pengiklanan.Sekiranya pembaca blog ini berminat mendapatkan jam azan, boleh dapatkannya di laman web www.JamAzan.com
Post a Comment