SOALAN
"Banyak orang perempuan bila ambil wudhuk, dia selak rambut
belah pipi (sideburn) ke belakang telinga.
Hukumnya TIDAK SAH ."
Hukumnya TIDAK SAH ."
Rambut sideburn tu WAJIB kena air tak kira panjang mana pun.
Kalau rambut panjang, gunting bahagian sideburn tu pendek sebab tak sah kalau tak kena air wudhuk..
Kalau tak nak gunting, WAJIB keseluruhan rambut sideburn tu dibasuhkan, walaupun panjang sampai paras bahu.
Lelaki takpe sideburn dia pendek, jadi senang nak berwudhuk.
Kalau rambut panjang, gunting bahagian sideburn tu pendek sebab tak sah kalau tak kena air wudhuk..
Kalau tak nak gunting, WAJIB keseluruhan rambut sideburn tu dibasuhkan, walaupun panjang sampai paras bahu.
Lelaki takpe sideburn dia pendek, jadi senang nak berwudhuk.
Assalammualaikum
ustazah ,betul ke ni? Mohon pencerahan. Terima kasih
JAWAPAN
Wa’alaikumussalam
wrwb.
Soalan yang
dikemukakan nampak seolah-olah saudari tidak membezakan antara rambut dengan
sideburn. Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala. Manakala sideburn atau
jambang adalah bulu yang tumbuh di muka. Cuba lihat wajah saudari di cermin. Ada
sideburn atau tidak?
Muka adalah
satu daripada anggota yang wajib dibasuh ketika berwudhuk berdasarkan firman
Allah ayat 6 surah al-Maidah. Menurut ulamak, batas muka adalah panjangnya
daripada permulaan tumbuhnya rambut hingga tempat terakhir tumbuhnya janggut, manakala
lebarnya daripada cuping telinga kiri hingga ke cuping telinga kanan. Semua bahagian
itu wajib dibasuh termasuk bulu-bulu yang terdapat di muka.
Berkaitan dengan
persoalan yang ditanyakan itu, saya petik tulisan asy-Syirazi di dalam kitabnya
“Al-Muhazzab” yang disyarahkan oleh Imam an-Nawawi di dalam (Kitab al-Majmu’),
jilid 1, halaman 382.
Asy-Syirazi
berkata (maksudnya): “Dan tidak wajib membasuh kulit di bawah bulu yang tebal
ketika berwudhuk kecuali pada lima tempat: hajib (kening), syarib (misai), ‘anfaqah
(bulu yang tumbuh di bibir bawah), ‘izar (bulu yang tumbuh di muka manusia
daripada cuping telinga sehingga ke pangkal janggut atau tempat permulaan
tumbuh janggut), dan janggut wanita yang tebal (jika ada) kerana bulu-bulu di
tempat ini biasanya nipis....”
Kulit muka
yang ada di bawah lima bulu yang disebutkan itu wajib dibasuh atau dengan lain perkataan
mesti disampaikan air basuhan muka ke situ ketika berwudhuk. Jadi, rambut manakah
yang mesti dipotong? Sepanjang pengetahuan saya, bulu-bulu yang disebutkan itu kebiasaannya
tidak terdapat di wajah wanita kecuali bulu kening.
2 comments:
Enddy Andia, maksudnya sideburn tu sebahagian dr muka maka kena laa pastikan sideburn kena air wuduk masa basuh muka. Tak sah wuduk kalau air wuduk tak kena side burn. Kalau susah sideburn tu nak kena air, kena laa cukur bagi nipis.
https://tzkrh.com/202033615/
Link di atas adalah ttg membasuh janggut yg panjang semasa membasuh muka. Saya faham soalah yg ditanya di atas adalah ttg kewajipan membasuh keseluruhan 'rambut sideburn'yg panjang semasa wuduk.
Hujah Ash-Syirazi adalah ttg basuh 'kulit dibawah rambut/bulu'..air perlu sampai ke kulit, bukan ttg membasuh bulu2 tersebut (termasuk sideburn).
Saya faham kenapa Enddy Andia kata tak menjawab soalan.
Bagi saya (berpandu link'basuh janggut panjang' yg disertakan), kalau TAK perlu membasuh keseluruhan janggut yg panjang sewaktu membasuh muka, apatah lagi rambut sideburn yg panjang..yg penting kulit muka tu kena air (Ash-Syirazi).
Apa pandangan Ustazah?
Post a Comment