SOALAN:
assalamualaikum
ustazah..
nak
tanya.. adakah masih aurat di bawah dagu?
JAWAPAN:
Wa’alaikumus-salam
wr.wb.
Aurat wanita yang disepakati ialah seluruh tubuh kecuali
muka dan tapak tangan.
Maksud tapak tangan ialah dari hujung jari hingga ke
pergelangan tangan, termasuk tapak tangan dan belakangnya.
Manakala yang dimaksudkan muka, menurut apa yang
dijelaskan di dalam bab wuduk, ialah
lebarnya antara dua anak telinga, panjangnya dari gigi rambut atau permulaan
tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bawah dagu atau tempat akhir tumbuh
janggut.
Ana tidak jumpa sebarang penjelasan mengenai batas muka
di dalam bab aurat. Jadi ana ambil kira batas yang sama.
Di fahami dari takrif di atas, bawah dagu adalah termasuk dalam lingkungan
muka. Maka tidak wajib ditutup. Justeru, pada pendapat ana, sah solat wanita yang memakai tudung tanpa
ditutup di bawah dagu. Namun, lebih afdhal menutupnya sebagai ihtiat, iaitu
langkah berjaga-jaga agar tidak terbuka leher semasa bergerak, ditiup angin dan
seumpamanya.
Allahu A'lam
1 comment:
Puan,adakah bahu termasuk aurat bgi wanita?
Post a Comment