Soalan:
Apakah hukumnya apabila kita menerima jemputan
menghadiri majlis perkahwinan? Wajibkah kita penuhi undangan tersebut?
Bagaimana kalau dalam satu masa ada dua tiga kenduri yang dijalankan serentak
pada hari yang sama? Bagaimana pula dengan jemputan kenduri majlis tunang atau
majlis tahlil, wajibkah kita hadir?
Jawapan:
Di
dalam sepotong Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., dia
mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: “Hak muslim ke atas
muslim lima perkara, menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazah,
menyahut panggilan (memenuhi jemputan), mendoakan ketika bersin.” Riwayat
al-Bukhari dan Muslim.
Hadis
ini menyatakan bahawa antara hak muslim yang mesti ditunaikan oleh muslim yang
lain ialah memenuhi undangan. Undangan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1.
Undangan ke majlis atau kenduri perkahwinan yang dikenali
sebagai walimatul urus
2.
Undangan ke majlis atau kenduri yang lain daripada walimatul
urus
Undangan
ke majlis perkahwinan
Majoriti
ulamak berpendapat wajib dipenuhi kecuali dengan uzur yang dibenarkan oleh
Syarak. Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan
ialah walimah yang dihalang daripada orang yang mengunjunginya (maksudnya orang miskin) dan
diajak orang yang enggan mendatanginya (maksudnya orang kaya). Dan sesiapa yang
tidak menyahut jemputan maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah dan
RasulNya.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Dan
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu dijemput menghadiri
walimah, maka hendaklah dia datang.” Riwayat Malik.
Walau
bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu jemputan ke walimatul urus tidak
wajib dipenuhi. Antaranya apa yang disebut oleh Imam an-Nawawi dan lain-lain adalah
seperti berikut:
1.
Jika makanan yang dihidangkan tidak halal atau mengandungi
syubhah
2.
Jemputan dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja
3.
Jemputan itu kerana takut kepada kejahatan orang yang
dijemput atau kerana mengharap sesuatu daripadanya disebabkan kedudukannya.
Maksudnya tuan rumah menjemput seseorang yang berkedudukan di mana jika tidak
dijemput ditakuti dia akan marah atau dijemput dengan harapan orang itu akan
menolongnya mendapatkan sesuatu yang dihajati. Dengan kata lain, jemputan yang
tidak ikhlas, sebaliknya didorong oleh tujuan lain di sebaliknya.
4.
Terdapat kemungkaran
di dalam majlis tersebut seperti jamuan arak, tarian bogel dan sebagainya.
Dalam keadaan ini jika orang yang dijemput itu mampu mengubahnya, maka dia
wajib hadir kerana dua sebab, iaitu memenuhi jemputan dan mengubah kemungkaran.
Jika dia tidak mampu mengubahnya, maka haram ke atasnya hadir
5.
Kehadirannya ke majlis walimah boleh mendatangkan mudarat
kepadanya seperti terpaksa musafir jauh meninggalkan keluarga yang memerlukan
kewujudannya di sisi, seperti meninggalkan ibu atau ayah yang sedang sakit.
6.
Jemputan tidak ditujukan kepada diri seseorang secara
peribadi. Sebaliknya jemputan itu secara
umum, umapamanya diwarwarkan dalam satu majlis dan ditujukan kepada para
hadirin secara umum.
7.
Telah menyatakan keuzuran terlebih dahulu kepada yang
menjemput.
8.
Isteri yang tidak mendapat keizinan suami, juga tidak wajib
menghadiri walimatul urus.
Undangan
ke majlis lain daripada walimatul urus
Telah
dinyatakan di atas, ulamak bersepakat bahawa menghadiri walimatul urus adalah wajib.
Adapun kenduri yang lain-lain, seperti majlis tunang, majlis tahlil dan
sebagainya, ulamak berbeza pendapat. Menurut jumhur atau majoriti, hukumnya
tidak wajib dipenuhi. Jika tidak ada keuzuran, maka sunat hukumnya.
Banyak jemputan dalam satu masa
Andai
berlaku banyak jemputan kenduri pada hari yang sama, maka lihatlah pada jenis
kenduri yang dijemput. Sekiranya jemputan itu ada yang wajib dan ada yang
sunat, utamakan yang wajib. Jika semuanya walimatul urus yang wajib dipenuhi,
maka beri keutamaan kepada yang paling hampir. Antara saudara dekat dengan
suadara jauh, utamakan saudara yang dekat. Begitu juga antara jiran yang dekat
dengan jiran yang jauh, utamakan jiran yang dekat. Begitulah seterusnya.
3 comments:
Menjadi kelaziman pula orang yang dijemput tidak hadir tanpa sebarang alasan. Tidak hadir , dengan memohon maaf tidak seteruk tidak hadir kemudian buat derkkk.
Lebih teruk lagi jika menjadi amalan orang mesjid sendiri. Berkali2 teruk jika melibatkan imam dam bilal2 sendiri yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang luar
Cth: Isu jarak jauh; dimana saya duduk di selangor. Tetapi kenduri kahwin diadakan di kelantan. Adakah masih wajib utk hadir?
Post a Comment