Soalan:
Ustazah.. Saya ada persoalan nak tanya.. Berkenaan dengan hadis Rasulullah semasa perang khandaq yang "kota konstantinopel akan ditawan semula, dengan rajanya sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera."
Tadi, kawan saya ada cakap yang hadis tu bukan merujuk kepada al fateh tetapi imam mahdi..
Tapi, seperti yang saya tahu dan belajar sebelum ni, hadis itu merujuk kepada al fateh..
Dia mengaitkan isu hadia ini dengan keluarnya dajjal..
Mohon pencerahan ustazah..
Jazakillah..
Jawapan:
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda maksudnya: "Demi sesungguhnya akan ditakluk kostantin.
Maka sebaik-baik amir adalah amirnya, dan sebaik-baik tentera adalah tentera
itu."
Ahli Hadis berselisih pendapat tentang
Hadis ini, sama ada sahih atau tidak. Sekiranya Hadis ini sahih, kita tidak
boleh putuskan bahawa maksud penaklukan itu ialah apa yang telah dilakukan oleh
tentera pimpinan Muhammad al-Fateh pada 29 Mac 1453. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa penaklukan kostantin yang dimaksudkan di dalam hadis-hadis
yang berkaitan dengannya ialah yang akan berlaku pada akhir zaman sebelum
keluar Dajjal.
Terdapat Hadis sahih tentang penaklukan
kostantin diriwayatkan oleh Muslim. Namun di dalam hadis itu tidak ada pujian
kepada pemimpin dan tenteranya.
Kesimpulannya, ada perbezaan pendapat dari
segi pentafsiran serta kesahihan Hadis riwayat Ahmad itu.
No comments:
Post a Comment