Soalan:
Boleh ustazah jelaskan nama-nama kuda
Rasulullah s.a.w.? jazakillah.
Jawapan:
Para perawi berselisih pendapat tentang
kuda Rasulullah s.a.w. bilangan, nama dan warnanya. Namun yang paling masyhur
dan disepakati adalah enam ekor.
1.
Sakb ( السكب ). Ia bermakna ringan, pantas berlari
2.
Murtajiz ( المرتجز ). Maksudnya guruh. Dinamakan demikian kerana
suaranya nyaring dan sedap
3.
Lizaz ( لزاز ), iaitu kuat dan mantap tubuh badannya
4.
Luhaif ( اللحيف ). Yang mempunyai ekor panjang seolah-olah
ekor itu menutupi bumi,
5.
Sabhah ( سبحة ). Maksudnya kelihatan cantik ketika
memanjangkan kedua kaki depan sewaktu berlari.
6.
Dzirab ( الظرب ). Bukit kecil. Dinamakan demikian kerana
kekuatannya seolah-olah menyamai bukit kecil.
Enam ini disepakati. Terdapat sembilan
nama-nama kuda baginda yang tidak disepakati, iaitu: dzul-'uqqal, syahaa',
dzul-limmah, sirhan, murtajil, adham, ward, ya'sub dan bahr.
(ذوالعقال) (الشحاء) (ذواللمة) (السرحان) (المرتجل) (الأدهم) (الورد) (اليعسوب) (البحر)
No comments:
Post a Comment