Soalan
Salam ustazah..
boleh ustazah terangkan kepada saya cara-cara Mandi Wajib?
terima kasih...
salam...
Jawapan
Salam,
Mandi wajib mempunyai 2 rukun sahaja, iaitu niat mengangkat hadas besar dan ratakan air (jirus dengan air mutlak) ke seluruh tubuh.
Cara terbaik dilakukan ialah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Hilangkan najis atau kekotoran di badan (jika ada)
Ambil wudhu'
Ratakan air dan gosok di bahagian-bahagian yang berlipat seperti pusat, telinga dan sebagainya
Jirus air di atas kepala dengan menggosok-gosok supaya rata semua rambut dan kulit kepala
Jirus sebelah kanan, kemudian kira, setiap satu, 3 kali.
Selesai.
Jangan guna air berlebihan, membazir.
Itu saja, semoga saudara termasuk dalam golongan orang yang dikasihi Allah, iaitu orang yang bertaubat dan bersuci.
2 comments:
assalamualaikum ustazah,sye ade sedikit kemusykilan..macam ni,sye ade mandi wajib..lepas selesai mandi wajib tu sye perasan ade mcm kesan kotor kat belakang lengan sye ni..sye tak perasan masa mandi wajib..so mandi wajib sye sah ke x?atau sye kene mandi lagi sekali??
lihat pd jenis kekotoran tersebut.. jika ia menghalang air mandi wajib dari meresapi kulit, maka anda harus mengulangi mandi wajib tersebut.. ini kerana air mandi wajib harus diratakan pada keseluruhan badan termasuk di celahan2 spt ketiak, pusat, celah2 peha, telinga..ini pgtahuan y sya fahami n pelajari utk dikongsi.wallahualam..bgmna pula pendpt @ pgtahuan ustazah? sya juga ingin tahu...
Post a Comment