Soalan
Asalamualaikum Ustazah Maznah,
Saya ingin bertanya apakah solat itu sah apabila
semasa solat saya memejamkan mata kerana untuk
mendapatkan kekusyukkan.
Terima kasih.
Jawapan
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Nabi SAW tidak memejamkan mata ketika solat.
Lantaran itu sebahagian ulamak mengatakan makruh pejamkan mata.
Menurut Ibn al-Qayyim, sekiranya membuka mata menghalang khusyu', maka harus, bahkan sunat baginya pejam. namun jika tidak menghalang dari khusyu', maka tidak pejam lebih afdhal.
1 comment:
terima aksih atas maklumat ni.. maknanya kalo saya tak dapat kusyuk maka bole la pejam mata ek?
Post a Comment